Skip to content
Home » Buletin » Pinjaman Skim PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK)

Pinjaman Skim PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK)

  • by

PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK) ditubuhkan mulai 1 Jun 2006 di bawah Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640), bertujuan untuk mengurus Tabung Pembangunan Kemahiran yang terdahulunya dikendalikan oleh Bahagian Tabung Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia. Matlamat PTPK adalah untuk memberi pinjaman Latihan Kemahiran kepada lepasan sekolah / institusi kemahiran di Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Swasta yang berdaftar dengan PTPK.

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan agensi dibawah Kementerian Sumber Manusia yang menyediakan pembiayaan pinjaman kepada pelajar dan golongan pekerja yang mengikuti Program Latihan Kemahiran yang ditauliahkan dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sama ada institusi awam dan swasta.

  • Pinjaman Lepasan Sekolah
  • Pinjaman Pekerja
PROGRAM PINJAMAN PEKERJA
PROGRAM PINJAMAN LEPASAN SEKOLAH

SYARAT – SYARAT PINJAMAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 – 25 tahun
  • Pendapatan isi rumah / ibubapa/penjaga tidak melebihi RM 5000.00
  • Tiada rekod senarai hitam atau jenayah
  • Keperluan seorang penjamin
  • Tidak ada tajaan atau bantuan pendidikan lain di bawah kerajaan
  • Mempunyai atau membuka akaun konventional di CIMB bank sahaja

SYARAT-SYARAT PENJAMIN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 – 50 tahun
  • Tiada rekod senarai hitam atau jenayah atau muflis
  • Tidak boleh menjamin lebih dari 2 orang
  • Ibu,Bapa, Penjaga, Adik-beradik, Saudara  mara dan rakan-rakan boleh menjadi penjamin
  • Gaji / pendapatan bersih minima penjamin tidak kurang dari RM 800.00 sebulan
  • Slip gaji yang di sahkan oleh majikan perlu disertakan
  • Jika tiada slip gaji, perlu isi borang akuan pendapatan dan membuat pengesahan daripada Pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan dan Professional

DOKUMEN PERMOHONAN UNTUK PINJAMAN

  • 4 keping gambar pelajar berukuran pasport (tulis nama dan no kad pengenalan dibelakang gambar)
  • 2 salinan kad pengenalan pelajar yang disahkan
  • 2 salinan kad pengenalan  ibu dan bapa yang disahkan
  • 2 salinan sijil kelahiran pelajar yang di sahkan
  • 2 salinan Keputusan Peperiksaan  SPM / SPMV pelajar  (tidak perlu jika pelajar berumur 16 tahun dan
  • tidak  menduduki SPM ) yang disahkan
  • 2 salinan sijil berhenti sekolah pelajar yang disahkan ( Jika berumur 16-17 tahun)
  • 2 salinan kad pengenalan penjamin yang disahkan
  • 2 salinan slip gaji  yang disahkan oleh majikan
  • 2  borang akuan pendapatan penjamin (jika penjamin berkerja sendiri) yang disahkan oleh penghulu/pengurus felda
  • 2 Salinan buku akaun / maklumat akaun yang dicetak di CIMB bank (CIMB Konventional Akaun)
* SEMUA SALINAN DOKUMEN HENDALAH DISAH OLEH MANA MANA PIHAK BERIKUT DI TEMPAT BERMASTAUTIN PEMOHON:-
  • Pengetua Sekolah Menengah / Ketua kampung / Pengerusi JKKK / Penghulu
  • Pegawai kerajaan kumpulan pengurusan / professional GRED 41 keatas

BAYARAN BALIK PINJAMAN

  • Bayaran balik bulan sebanyak RM 60.00 perlu dibayar selepas tamat pengajian dan setelah berkerja sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *