Pinjaman dan Biasiswa


Pinjaman PTPK

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan agensi dibawah Kementerian Sumber Manusia yang menyediakan pembiayaan pinjaman kepada pelajar dan golongan pekerja yang mengikuti Program Latihan Kemahiran yang ditauliahkan dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sama ada institusi awam dan swasta.

  • Pinjaman Lepasan Sekolah
  • Pinjaman Pekerja

Geran Latihan

Geran Latihan dari Kerajaan, Kerajaan Negeri, Pusat Zakat mahupun syarikat Korporat di salurkan kepada institusi TVET@FeMAC yang terpilih dan dilantik untuk menawarkan program latihan secara tajaan bagi mencapai objektif pembiayaan pihak Penaja

Biasiswa B40

Institusi TVET@FeMAC yang menawarkan Biasiswa B40 kepada pelajar dari keluarga B40 yang layak. Biasiswa B40 adalah inisiatif institusi TVET@FeMAC sendiri dengan bertujuan meringkan beban kewangan ibubapa dan pelajar agar menjadi dorongan untuk menyambung pengajian dalam aliran TVET.

Skill@FeMAC Tabung Bantuan Latihan Kemahiran

Dana Latihan Kemahiran terkumpul dari semua institusi dibawah TVET@FeMAC ditujukan khas untuk membantu pelajar dari keluarga di bawah B40, akan dipilih dan berpeluang untuk mendapatkan Bantuan Latihan Kemahiran Skill@TVET bagi melanjutkan pengajian di Institusi Latihan Kemahiran.

Syarat Kelayakan Permohonan :

  • Berumur 15 hingga 18 tahun
  • Pendapatan Ibubapa dibawah B40
  • Ibu atau bapa penerima mana-mana bantuan Kerajaan. Kerajaan Negeri atau Zakat